BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 30 June 2010

TUDUNG ANNUR RM30-RM45

ini adalah daripada koleksi tudung ANNUR...
kriteria koleksi tudung ini...

material
awning separuh-thai silk
body- lycra
saiz- tudung ini saiznya bergantung kepada panjang dari dagu ke bawah, bermakna semakin besar saiznya, semakin panjang ia ke bawah, bukannya saiz pada muka.
M= 38cm
L= 43cm
terdapat dalam fesyen tudung biasa dan juga tudung butterfly (ditarik kebelakang dan menjadi bentuk ombak dihadapan) 

HARGA PROMOSI!!
harga yang ditawarkan termasuk bayaran penghantaran melalui pos express (Malaysia sahaja).

Berminat? Emailkan nama, alamat dan kod produk ke suria77.biz@gmail.com. 





Code 01
RM33
Saiz L


Code 02
RM33
Saiz L
sold


 
Code 03
RM33
Saiz L
sold



Code 04
RM33
Saiz L
sold


        
Code 05
RM33
Saiz L


Code 06
RM33
Saiz M


Code 07
RM30
Saiz L


Code 08
RM36
Saiz M
sold

 

Code 09
RM38
Saiz L


Code 10
RM38
Saiz L


Code 11
RM38
Saiz L
sold


Code 12
RM38
Saiz L


Code 13
RM45
Butterfly
sold


Code 14
RM45
Butterfly
sold


Code 15
RM45
Butterfly



Tuesday, 29 June 2010

BERNIAGA- ANTARA MALU, MENCARI REZEKI DAN INGIN BERJAYA

Ini adalah percubaan pertama untuk menjual barangan online. Minat untuk berniaga secara kecil-kecilan ini memang telah wujud dari dulu lagi...ada jugak cuba-cuba dahulu jual kain ela la, brooch la, kuih raya la.....walaupun untungnya tak seberapa, tapi kepuasan bila pelanggan membeli barang daripada kita tuh tak terluah dengan kata-kata....berniaga adalah salah satu daripada sumber rezeki utama didunia ini, dalam islam sendiri digalakkan umatnya untuk berniaga....cuma diri sendiri ni yang kadang-kadang semangat waja, kadang-kadang hilang terus......mak selalu cakap, hangat-hangat taik ayam, tapi mak juga ada mengatakan yang aku ini punya bakat untuk berniaga....

cerita pasal berniaga ini, pernah juga dulu berniaga di Shah Alam Mall, ada bazaar dulu kat tingkat atas tuh hari Sabtu dan Ahad...kadang-kadang terjumpa jugak student kat situ, ada jugak perasaan malu....tapi kerana minat, berjaya jugak diharungi tapi tak lama la, sebulan lebih ajer, sebab lepas tuh bazaar bertukar ketingkat bawah sempena menyambut ramadhan dan kerana mengenangkan anak-anak yang terpaksa diletakkan dirumah emak mertua....kesian la pulak.....satu yang paling penting dalam berniaga ini adalah perlu membuang perasaan malu tuh...itu la yang susah sekali...bila dah kurang perasaan malu, barulah dapat meyakinkan pelanggan, boleh senyum, takla macam kerang busuk atau asyik senyum tak jadi ajer....susah sebenarnya berniaga nih, sebab itulah saya amat berbangga bila melihat mereka yang mencuba dan mereka yang berjaya, terutama student2 yang kental dan mampu mempunyai perniagaan sendiri..adalah beberapa yang telah membuka perniagaan-cafe, yazid burger, catering (fakhrul, alif and firdaus), mlm dan bermacam lagik...kuih raya la (salmalina)...bila tengok student promote barang kat fb pun turut sama bangga..contoh-alia yang sentiasa mempromosikan cookies, cakes and others yang sememangnya nampak menarik dan of course...yummy.........adoi, laparla pulak mengenangkan makanan yang best-best nih......

dengan perkembangan media kini, peniaga yang malu tapi ingin berjaya boleh saja menggunakan cara yang lain-menerusi laman web, blog, media cetak dan sebagainya....promosi boleh dijalankan tanpa perlu mengulang perkataan dan ayat yang sama pada individu yang berlainan...mudah bukan??? dengan menggunakan internet dan dengan izin-Nya, segalanya boleh menjadi kenyataan...blog boleh dijadikan langakah pertama untuk menuju kejayaan tanpa memerlukan mengeluarkan modal yang banyak..yang perlu adalah usaha yang berterusan dan semangat.....

memang betul kata mereka...rahsia kejayaan adalah usaha, doa, tawakal dan izin-Nya........