Wednesday, 30 June 2010
TUDUNG ANNUR RM30-RM45
Posted by SURIA BINTI SULAIMAN at 13:14 0 comments
Tuesday, 29 June 2010
BERNIAGA- ANTARA MALU, MENCARI REZEKI DAN INGIN BERJAYA
Ini adalah percubaan pertama untuk menjual barangan online. Minat untuk berniaga secara kecil-kecilan ini memang telah wujud dari dulu lagi...ada jugak cuba-cuba dahulu jual kain ela la, brooch la, kuih raya la.....walaupun untungnya tak seberapa, tapi kepuasan bila pelanggan membeli barang daripada kita tuh tak terluah dengan kata-kata....berniaga adalah salah satu daripada sumber rezeki utama didunia ini, dalam islam sendiri digalakkan umatnya untuk berniaga....cuma diri sendiri ni yang kadang-kadang semangat waja, kadang-kadang hilang terus......mak selalu cakap, hangat-hangat taik ayam, tapi mak juga ada mengatakan yang aku ini punya bakat untuk berniaga....
cerita pasal berniaga ini, pernah juga dulu berniaga di Shah Alam Mall, ada bazaar dulu kat tingkat atas tuh hari Sabtu dan Ahad...kadang-kadang terjumpa jugak student kat situ, ada jugak perasaan malu....tapi kerana minat, berjaya jugak diharungi tapi tak lama la, sebulan lebih ajer, sebab lepas tuh bazaar bertukar ketingkat bawah sempena menyambut ramadhan dan kerana mengenangkan anak-anak yang terpaksa diletakkan dirumah emak mertua....kesian la pulak.....satu yang paling penting dalam berniaga ini adalah perlu membuang perasaan malu tuh...itu la yang susah sekali...bila dah kurang perasaan malu, barulah dapat meyakinkan pelanggan, boleh senyum, takla macam kerang busuk atau asyik senyum tak jadi ajer....susah sebenarnya berniaga nih, sebab itulah saya amat berbangga bila melihat mereka yang mencuba dan mereka yang berjaya, terutama student2 yang kental dan mampu mempunyai perniagaan sendiri..adalah beberapa yang telah membuka perniagaan-cafe, yazid burger, catering (fakhrul, alif and firdaus), mlm dan bermacam lagik...kuih raya la (salmalina)...bila tengok student promote barang kat fb pun turut sama bangga..contoh-alia yang sentiasa mempromosikan cookies, cakes and others yang sememangnya nampak menarik dan of course...yummy.........adoi, laparla pulak mengenangkan makanan yang best-best nih......
dengan perkembangan media kini, peniaga yang malu tapi ingin berjaya boleh saja menggunakan cara yang lain-menerusi laman web, blog, media cetak dan sebagainya....promosi boleh dijalankan tanpa perlu mengulang perkataan dan ayat yang sama pada individu yang berlainan...mudah bukan??? dengan menggunakan internet dan dengan izin-Nya, segalanya boleh menjadi kenyataan...blog boleh dijadikan langakah pertama untuk menuju kejayaan tanpa memerlukan mengeluarkan modal yang banyak..yang perlu adalah usaha yang berterusan dan semangat.....
memang betul kata mereka...rahsia kejayaan adalah usaha, doa, tawakal dan izin-Nya........
Posted by SURIA BINTI SULAIMAN at 04:57 0 comments
Labels: berniaga
